Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Xiaomi Mi 10 dan Mi 10 Pro akan dilancarkan pada 23 Februari ini di MWC 2020

Xiaomi Mi 10 dan Mi Note 10 Pro

Xiaomi Mi 10 dan Mi Note 10 Pro
Xiaomi secara rasminya telah mengesahkan bahawa pelancaran telefon pintar kelas flagship Mi 10 akan diadakan pada 23 Februari ini di Barcelona, Sepanyol iaitu pelancaran global serentak dengan MWC 2020.

Majlis pelancaran ini mungkin menyaksikan Xiaomi memperkenalkan dua model Mi 10 iaitu Mi 10 dan Mi 10 Pro dan pelancaran antarabangsa ini akan berlangsung selepas pelancaran ‘online’ di China yang mana keputusan ini diambil dengan mengambil kira situasti penularan wabak Coronavirus yang semakin diluar kawalan.

Xiaomi Mi 10 dan Mi 10 Pro akan hadir dengan pemproses Qualcomm Snapdragon 865 dan teknologi pentas kamera 108MP yang dibekalkan oleh Samsung.

Selain itu, lain-lain spesfikasi yang dikatakan akan dimiliki oleh Mi 10/ Mi 10 Pro adalah skrin paparan 120Hz, storan memori dalaman UFS 3.0, teknologi pengecasan pantas 66W yang mampu mengecas penuh peranti dalam masa 35 minit, rakaman video 8K dan sokongan 5G.

Mi 10 dan Mi 10 Pro dijangka akan memasuki pasaran Malaysia namun tarikh pelancaran masih belum diketahui.

sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.