realme C3 kini rasmi – berikut adalah anggaran harga penjualan di Malaysia
realme secara rasminya telah melancarkan generasi baru telefon pintar kelas entry-level mereka iaitu realme C3 yang membawakan reka bentuk panel belakang yang lebih premium (anti-capjari) dan beberapa penambahbaikan berbanding realme C2.
realme C3 hadir dengan skrin paparan HD+ berukuran 6.5-inci dengan sisi bezel yang lebih kecil namun masih hadir dengan takukan teardrop bagi menempatkan kamera selfie 5MP.
realme C3 hadir dengan pemproses MediaTek Helio G70 yang akan dipadankan dengan dua kapasiti RAM(LPDDR4X) dan storan dalaman iaitu 3/32GB atau 4GB/63GB.
Beralih kepada kamera, realme C3 hadir dengan tetapan dwi-kamera iaitu sensor utama 12MP f/1.8 dan sensor depth 2MP dengan aperture f/2.4.
Lebih menarik, realme C3 menjadi telefon pintar pertama syarikat untuk hadir dengan realme UI yang berasaskan Android 10-ColorOS 7.
Sebelum menutup cerita realme C3, ianya disertakan dengan bateri berkapasiti 5,000mAh namun mengecewakan sedikit ianya masih kekal dengan pengecasan melalui slot microUSB namun ianya mempunyai sokongan pengecasan reverse charging.
Selain itu, realme C3 membawakan sokongan tri-SIM (2 SIM + 1 microSD), kalis air, mod dual music yang membolehkan permainan muzik serentak dari telefon pintar dan bluetooth.
realme C3 hadir didalam dua pilihan warna iaitu Blazing Red dan Frozen Blue dengan harga penjualan seperti berikut :
realme C3 3/32GB – INR 6,999 – RM 405
realme C3 4/64GB – INR 7,999 – RM 463
Bercakap mengenai harga penjualan di Malaysia, realme C3 mungkin akan ditawarkan pada harga sekitar RM 429 – RM 499.