Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Qualcomm keluarkan rakaman video 8K dari pemproses Snapdragon 865

Snapdragon 865 8k video sample

Snapdragon 865 8k video sample
Pemproses terbaru Qualcomm iaitu Snapdragon 865 akan digunakan oleh kebanyakkan telefon pintar kelas flaghsip pada tahun ini dan model pertama yang akan menggunakan pemproses ini adalah siri Galaxy S20 yang dilancarkan secara rasmi pada 11 Februari ini (12 Februari waktu tempatan).

Qualcomm telah memuatnaik video 8K yang telag dirakam menggunakan satu telefon pintar konsep yang dikuasakan dengan cipset terbaru ini.

Spectra 480 ISP yang digunapakai pada Snapdragon 865 mampu memproses 2 gigapiksel sesaat yang bermaksud ianya mampu mengambil satu gambar 200MP, satu gambar 64MP, dan merakam video 4K HDR secara serentak.

Bagi merakam video 8K ini, cipset Snapdragon 865 ini telah menggunakan sensor 48MP Sony IMX586 pada telefon pintar prototaip.

Walaupun dikatakan sebagai video 8K, kualiti video ini dilihat mempunyai banyak kekurangan seperti kekaburan dan ini mungkin disebabkan proses mampatan YouTube atau kekurangan pada sensor tersebut.

Video ini dirakam sekitar bulan November yang mana boleh dikatakan diawal pembangunan cipset ini dan kini kualiti video mungkin telah bertambah baik.

Secara jujurnya, rakaman video 8K boleh dikatakan masih pra-matang bagi industri telefon pintar mahupun televisyen namun ianya mampu memberikan anda output video yang lebih teliti dan terang.

Sokongan rakaman video 8K ini akan disertakan pada Samsung Galaxy S20 Ultra yang akan hadir dengan sensor 108MP.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.