Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

realme X50 5G akan dilancarkan 7 Januari ini

realme X50 5G
realme X50 5G akan dilancarkan secara rasmi pada 7 Januari ini dan syarikat ini kini telah memgeluarkan gambar poster rasmi telefon pintar pertama yang akan memulakan tirai 2020 bagi realme.

Buat masa ini realme telah mengesahkan bahawa realme X50 5G akan hadir dengan pemproses Snapdragon 765G, 2 hari jangka hayat bateri dan teknologi pengecasan Oppo SuperVOOC 4.0.

Selain daripada itu, beberapa spesifikasi realme X50 5G yang belum disahkan secara rasmi adalah penggunaan panel skrin ‘punch-hole’ 120H berukuran 6.67-inci, kamera dwi-selfie 32MP + 8MP dan tetapan quad kamera 64MP dibahagian belakang.

realme X50 5G ini dijangka hadir didalam beberapa konfigurasi RAM dan storan dalaman iaitu 6/128GB, 8/128GB dan 8/256GB pada harga serendah CNY 2,199 (RM 1,291).

sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.