Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Vivo V17 dengan skrin punch hole dan panel kamera L akan dilancarkan di Malaysia pada 17 Disember ini

Vivo V17 dengan skrin punch hole dan panel kamera L akan dilancarkan di Malaysia pada 17 Disember ini 1

Vivo V17 Malaysia
Vivo secara rasminya telah mengesahkan bahawa model terbaru didalam siri V iaitu vivo V17 akan dilancarkan secara rasmi di Malaysia pada 17 Disember ini (esok).

Vivo Malaysia telah mengesahkan pelancaran vivo V17 ini yang hadir dengan reka bentuk panel hadapan dan belakang yang ‘2020’ dan sedikit menyegarkan pandangan.

Vivo V17 dengan skrin punch hole dan panel kamera L akan dilancarkan di Malaysia pada 17 Disember ini 2

Vivo V17 akan hadir dengan skrin paparan FHD+ E3 Super AMOLED berukuran 6.44-inci, pemproses Snapdragon 675AEI, 8GB RAM dan 128GB ROM dan bateri berkapasiti 4,500mAh.

Beralih kepada bahagian kamera, vivo V17 ini memiliki tetapan quad-kamera dibelakang iaitu sensor utama 48MP + sensor kanta lebar 120 darjah 8MP + sensor bokeh 2MP + sensor makro 2MP.

Vivo V17 dengan skrin punch hole dan panel kamera L akan dilancarkan di Malaysia pada 17 Disember ini 3
Selain itu, vivo V17 hadir dengan kamera selfie punch hole 32MP yang dilihat sebagai lubang punch hole yang paling kecik pernah ditawarkan pada telefon pintar.

Kedua-dua kamera pada Vivo V17 ini juga menyokong mod malam Super Night dan Super Night Selfie.

Vivo V17 juga hadir dengan sensor capjari terbina pada skrin, FunTouch OS 9.2 dan sokongan dwi SIM.

Maklumat lengkap mengenai tarikh, harga dan promosi bagi vivo V17 akan kami laporkan secara langsung dari majlis pelancaran vivo V17 esok.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.