Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

realme X2 Pro Master Edition akan ditawarkan di Malaysia pada harga RM 2,399

realme X2 pro master edition malaysia
Pada bulan ini sahaja, realme telah memperkenalkan dua model telefon pintar terbaru mereka ke pasaran Malaysia iaitu realme X2 Pro dan realme 5s.

Kedua-dua telefon pintar ini telah mendapat sambutan yang baik dipasaran tempatan dimana ianya ditawarkan pada harga RM 2,399 bagi X2 Pro dan RM 799 bagi realme 5s.

Ketika pelancaran realme X2 Pro, realme ada menyebut mengenai perancangan untuk membawa masuk realme X2 Pro Master Edition (12/256GB) dan ianya kini telah disahkan akan memasuki pasaran Malaysia di Comic Fiesta 2019, Kuala Lumpur Convention Centre yang akan berlangsung pada 21 dan 22 Disember ini.

realme X2 Pro Master Edition ini hadir didalam reka bentuk panel belakang khas dengan kerjasama Naoto Fukusawa yang mana hanya 50 unit telefon pintar ini akan dijual (warna Red Brick).

Bagi yang berminat, anda boleh mengunjungi booth realme (A003) di Comic Fiesta hujung minggu ini.

Harga penjualan realme X2 Pro Master Edition adalah RM 2,399 yang mana ianya sama seperti versi biasa realme X2 Pro.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.