Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Xiaomi Mi Note 10 akan hadir dengan sensor kamera 108MP

Xiaomi Mi Note 10 Pro Malaysia

Xiaomi Mi Note 10 Pro
Selepas pelancaran Redmi Note 8 Pro sebagai peranti pertama dipasaran dengan sensor kamera 64MP, Xiaomi kini telah mengesahkan Mi Note 10 akan dilancarkan tidak lagi dengan gelaran telefon pintar pertama didunia untuk memiliki sensor kamera 108MP.

Xiaomi Mi Note 10 dijangka akan ditawarkan didalam dua versi iaitu Mi Note 10 dan Mi Note 10 Pro.

Mi Note 10 dijangka akan dilancarkan tidak lama lagi iaitu selepas pelancaran Mi CC9 Pro dipasaran China yang dikatakan akan berlangsung pada 5 November 2019.

Xiaomi Mi Note 10 Pro Malaysia

Buat masa ini tidak banyak maklumat mengenai Mi Note 10 atau Mi Note 10 Pro diketahui namun Mi Note 10 Pro dijangka akan memiliki pemproses Snapdragon 855+.

Pelancaran global Mi Note 10 mungkin akan diadakan lewat bulan hadapan atau awal bulan Disember 2019.

sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.