Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Siaran berbayar Sirius TV akan dilancarkan November ini

Siaran berbayar Sirius TV akan dilancarkan November ini 1

Sirius TV Malaysia
Selepas tamat lesen penyiaran eksklusif (monopoli) Astro pada tahun 2017, kerajaan Malaysia telah memberikan lesen penyiaran kepada beberapa syarikat di Malaysia dan salah satu daripada syarikat tersebut adalah Smart Digital International Sdn. Bhd.

Syarikat ini nampaknya kini sudah bersiap sedia untuk membawa cabaran didalam industri tv satelit dibawah nama Sirius.

Siaran berbayar Sirius TV akan dilancarkan November ini 2

Perkhimatan TV berbayar Sirius ini dijangka akan dilancarkan pada bulan November 2019 dengan yuran langganan serendah RM 20 sebulan atau RM 200 setahun.

Sebagai promosi pelancaran, Sirius akan menawarkan 12 bulan langganan percuma dengan pembayaran ‘one-off’ RM 299 yang mana ianya termasuk pemasangan percuma.

Sirius TV

Sirius akan bermula dengan penawaran 25 saluran linear dan 5 saluran premium.

Ini bukan kali pertama sebuah syarikat TV berbayar cuba mencabar Astro dan perkara ini masih dilihat mustahil kerana Astro telah mendapatkan hak penyiaran eksklusif dari kebanyakkan saluran terkemuka bagi pasaran Malaysia.

sumber

More Stories

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.