Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Pra-tempahan Asus ROG Phone II akan dibuka di Shopee pada 14 dan 15 Oktober ini

Asus ROG Phone 2 Malaysia
Anda pasti sedia maklum bahawa Asus ROG Phone II akan dilancarkan secara rasmi pada 16 Oktober ini dan telefon pintar akan dibuka untuk pra-tempahan secara eksklusif di Shopee mulai 14 Oktober ini. 

Lebih menarik, setiap pra-tempahan ROG Phone II di Shopee ini akan menerima Kunai GamePad dan diskaun RM 200 ( Shopee Coin).

Untuk melayakkan anda menikmati ‘freebie’ ini, anda hanya perlu membayar deposit RM 999 ketika tempoh pra-tempahan ini sebelum menyelesaikan bayaran penuh pada 16 Oktober ( selepas jam 4 petang).

Pra-tempahan ROG Phone II  di stor Asus Malaysia di Shopee

Tontoni video unboxing Asus ROG Phone II kami dibawah ( jangan lupa subscribe Chanel YouTube Kami 😃)

Nantikan ulasan penuh ROG Phone II yang akan kami terbitkan selepas pelancaran rasmi selesai.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.