Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Samsung Galaxy Fold akan dibuka untuk pra-tempahan bulan ini


Samsung Mobile secara rasminya telah mengumumkan bahawa telefon pintar dengan skrin paparan boleh lipat iaitu Galaxy Fold akan dibuka untuk pra-tempahan di Malaysia tidak lama lagi.

Samsung Galaxy Fold yang diumumkan ketika pelancaran siri Galaxy S10 awal tahun ini akhirnya telah mula dijual dibeberapa negara dan telah mendapat sambutan yang amat menggalakan walaupun mempunyai tag harga yang agak premium.

Antara pasaran yang telah mula menjual Galaxy Fold adalah Korea dan Singapura dengan harga yang ditawarkan di pasaran Singapura adalah $3,088 atau sekitar RM 9,334 (bagi varian LTE).

Walaubagaimanapun bagi kita di Malaysia, Galaxy Fold dijangka akan ditawarkan pada harga sekitar RM 7,999 yang akan menjadikanya sebagai telefon pintar paling mahal di Malaysia.

Secara peribadinya, Walaupun pada harga ini, Galaxy Fold menawarkan anda satu telefon pintar futuristik yang berbaloi untuk di miliki.

Terus kepada spesifikasi, Samsung Galaxy Fold hadir dengan dua panel skrin iaitu satu panel skrin luaran berukuran 4.6-inci manakala pada bahagian dalaman satu lagi skrin yang boleh dilipat dengan ukuran 7.3-inci (skrin paparan Infintity Flex ).

App Continuity juga membolehkan anda ‘memindahkan’ ekosistem aplikasi anda dari skrin kecil kepada skrin besar secara terus menerus apabila lipatan dibuka dan Samsung telah berkerjasama dengan Google dan pembangun aplikasi Android untuk menjadikan ciri ini lebih sempurna.

Dengan skrin yang besar, Samsung Galaxy Fold turut menawarkan pembukaan tiga aplikasi secara serentak dan WhatsApp, Microsoft Office dan YouTube Premium akan menyokong mod ini dari kotak.

Samsung Galaxy Fold ini hadir dengan pemproses Qualcomm Snapdragon 855, 12GB RAM, 512GB memori simpanan dalaman (UFS 3.0), bateri berkapasiti 4,380mAh.

Samsung Galaxy Fold juga hadir dengan 6 kamera dimana 3 kamera terletak dibahagian belakang, 1 pada bahagian hadapan dan 2 dibahagian sisi yang menjadikan tidak kira bagaimana anda menggunakan Galaxy Fold ini, fotografi tidak akan menjadi isu yang sukar.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.