Redmi 8A kini rasmi pada harga serendah RM 383
Walaupun baru mengumumkan pelancaran Redmi Note 8 dan Redmi Note 8 Pro ke pasaran Malaysia pada 8 Oktober, Xiaomi dibawah siri Redmi telah mengumumkan ahli keluarga terbaru mereka iaitu Redmi 8A.
Redmi 8A hadir ke pasaran sebagai pengganti kepada Redmi 7A dan ianya turut menampilkan reka bentuk ‘Aura Wave’ dan bateri berkapasiti 5,000mAh.
Redmi 8A hadir dengan skrin paparan IPS HD+ berukuran 6.22-inci dengan takukan waterdrop yang menempatkan kamera selfie 8MP dan tidak lupa gelas keselamatan Corning Gorilla 5.
Pada bahagian belakang, Redmi 8A memiliki satu sensor kamera 12MP Sony IMX363 yang turut mempuyai pemfokusan PDAF.
Redmi 8A juga disertakan dengan pemproses Snapdragon 439, 2 atau 3GB RAM, 32GB memori simpanan dalaman dan MIUI 10 yang berasaskan Android Pie ( akan dinaiktaraf ke MIUI 11 tidak lama lagi).
Redmi 8A memiliki bateri 5,000mAh yang turut menyokong pengecasan pantas 18W namun mengecewakan hanya palam pengecas 10W disertakan (USB-C).
Menutup bahagian spesifikasi Redmi 8A ini adalah mengesahkan telefon pintar ini masih memiliki bicu audio 3.5mm, sokongan IR, dwi-SIM dan pensijilan percikan air P2i.
Redmi Note 8A akan mula memasuki pasaran India pada 30 September ini didalam tiga pilihan warna iaitu Sunset Red, Ocean Blue dan Midnight Black.
Harga Redmi 8A adalah seperti berikut :
Redmi 8A 2/32GB – INR 6,499 (RM 383)
Redmi 8A 3/32GB – INR 6,999 (RM 412)