Mi Mix Alpha dengan panel depan 100% skrin akan dilancarkan 24 September ini
Xiaomi telah mengesahkan bahawa generasi terbaru telefon pintar Mi Mix akan dilancarkan secara rasmi pada 24 September ini dan kini beberapa teaser mengenai telefon pintar ini mula didedahkan.
Xiaomi Mix Alpha merupakan model pengganti kepada Mi Mix 3 dan ianya hadir dengan reka bentuk yang jauh berbeza dari Mi Mix 3 dan beberapa teaser yang dimuat naik di laman Twitter rasmi Xioami memberikan kita sedikit sebanyak apa yang Xiaomi akan lancarkan didalam beberapa hari sahaja lagi.
Antara perkara yang telah disahkan sehingga kini adalah telefon pintar ini akan dikenali sebagai Xiaomi Mi Mix Alpha yang merupakan huruf pertama dalam bahasa greek yang bermaksud ‘versi asli’
Selain itu, Mi Mix Alpha juga nampaknya akan hadir dengan panel skrin paparan yang mempunyai sisi melengkung dengan nisbah skrin kepada badan adalah 100%.
Ini akan meletakkan Mi Mix Alpha sebagai telefon pintar dengan nisbah skrin kepada badan yang paling tinggi dipasaran.
Selain itu, Mi Mix Alpha mungkin akan turut hadir dengan sokongan 5G dan bersama-sama Mi Mix Alpha, Mi 9 Pro dilihat akan turut diperkenalkan pada majlis pelancaran ini.