Asus ROG Phone 2 akan dilancarkan di Malaysia 16 Oktober ini
Asus Malaysia secara rasminya telah mengesahkan bahawa Asus ROG Phone II akan dilancarkan di pasaran tempatan pada 16 Oktober ini.
Asus ROG Phone II merupakan telefon pintar gaming terbaik dipasaran dan penawaranya di pasaran Malaysi sudah pasti menjadi berita baik kepada penggemar telefon pintar Gaming.
Asus ROG Phone 2 ini hadir dengan skrin paparan dengan kadar bingkai 120fps yang merupakan panel skrin terbaik untuk telefon pintar gaming dan ianya adalah panel AMOLED berukuran 6.59-inci.
Panel skin ini juga menyokong mod skrin 60Hz dan 90Hz dan Asus mendakwa kadar latensi adalah lebih rendah daripada iPhone XS Max
Menutup bahagian skrin ROG Phone 2 ini, ianya adalah panel FHD+ dengan resolusi 1080 x 2340px dengan sokongan HDR 10.
ROG Phone 2 juga hadir dengan pembesar suara stereo hadapan dengan DTS : X Ultra yang didakwa 2.5x ganda lebih lantang berbanding ROG Phone generasi pertama.
Pad sesentuh AirTriggers juga dikekalkan seperti pada ROG Phone namun ianya telah ditambah baik dan dengan dwi-motor vibrasi.
Asus masih mengekalkan pengunaan bicu audio 3.5mm yang terbaik dipasaran dan terdapat juga 4 mikrofon yang sudah pasti berguna untuk komunikasi ketika ber’PUBG’.
Fokus untuk mengurangkan latensi nampaknya meliputi kesemua aspek dan komponen ROG Phone II yang mana posisi antena yang strategik dan perhubungan Wi-Fi berkelajuan tinggi.
Seperti disahkan sebelum ini, Asus ROG Phone II merupakan telefon pintar pertama untuk menggunakan pemproses Snapdragon 855+ yanh baru diumumkan dan ianya menjanjikan pretasi GPU 15% lebih baik manakala kelajuan CPU adalah 4% lebih pantas.
Untuk menyingkirkan isu kepanasan peranti, Asus telah meletakkan satu gril yang mengeluarkan kepanasan dari ruang wap dan terdapat juga penyejuk AeroActive Cooler II didalam kotak pembelian.
Antara aksesori yang ditawarkan bagi ROG Phone II adalah pad permaianan Kunai Gamepad yang boleh digunakan pada sisi ROG Phone II atau secara berasingan sebagai gamepad tanpa wayar (seperti Nintendo Switch) dan ianya turut boleh digunakan bersama TwinView Dock II.
TwinView Dock II menambah satu lagi skrin 120Hz, kipas penyejuk dan bateri berkapasiti 5,000mAh.
Bercakap mengenai bateri, Asus ROG Phone II sahaja hadir dengan bateri berkapasiti 6,000mAh dan jika ditambah dengan aksesori diatas ini anda akan mempunyai kapasiti bateri keseluruhan 11,000mAh.
Dengan kapasiti ROG Phone II sahaja, Asus menjanjikan sesi PUBG secara berterusan selama 7 jam tanpa henti dan ianya turut disertakan dengan sokongan pengecasan pantas ROG HyperCharge 30W.
Sebagai penutup, Asus ROG Phone II juga hadir dengan tetapan yang diwarisi dari ZenFone 6 yang mana ianya adalah sensor Quad Bayer Sony 48MP + lensa lebar 13MP 125° manakala kamera selfie adalah unit kamera 24MP.
Selain pengesahan tarikh, Asus masih belum mendedahkan harga penjualan ROG Phone II ini di Malaysia.