Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Jenama premium dashcam Mio kini ditawarkan di Malaysia pada harga serendah RM 399

Mio dash cam malaysiaMio, pengeluar ‘dash-cam’ terkemuka telah mengumumkan penawaran produk terbaru kamera keselamatan kereta ini ke pasaran tempatan dengan harga penjualan serendah RM 399 sahaja.

Mio dash cam malaysia

Sebanyak 5 model kamera dash telah telah diperkenalkan ke pasaran Malaysia iaitu Mio MiVue 792, MiVue 785, MiVue 733, MiVue 360 dan MiVue A30 (kamera belakang).

Bagi memastikan ianya menepati kualiti yang tinggi, kesemua Kamera Mio telah diuji didalam 50 ujian yang lasak dan mampu mempunyai  ketahanan cuaca sehingga 60 darjah celsius.

Mio dash cam malaysia

Antara ciri kamera kereta Mio ini adalah :

Rakaman Berkitar ( Loop Recording) – kad microSD akan melakukan rakaman berkitar ke atas klip video yang lama apabila storan telah penuh.

Penguncian rekod kecemasan secara automatik (Automatic Emergency record lock-up) – apabila terdapat insiden kecemasan yang direkod, sistem kamera Mio akan mengunci klip video berkenaan didalam satu folder berasingan tanpa ada sebarang ‘overwriting’ ke atas fail tersebut.

Mio dash cam malaysia

MiVue 792

  • sensor Sony CMOS STARVIS ‘super low-light’ dengan siaran inframerah
  • Kualiti video/imej 4 kali ganda lebih baik pada waktu malam
  • Sudut lebar 140 darjah dengan aperture f/1.8
  • Rakaman video 1080p pada kadar 60fps
  • GPS terbina ( merekod kelajuan, altitud, longitud dan arah pemanduan)
  • Mod parking dengan pengunaan sumber tenaga luaran
  • Harga : RM 799

Mio dash cam malaysia

MiVue 785

  • sensor CMOS berkualiti tinggi
  • Imej/video pada kadar 1080p – 30fps
  • Skrin paparan 2.7-inci
  • GPS dalaman
  • Mod parking dengan pengunaan sumber tenaga luaran
  • Harga : RM 599

Mio dash cam malaysia

MiVue 733

  • kualiti rakaman video 1080p pada 30fps
  • Fungsi sandaran Wi-Fi terbina
  • Fungsi GPS
  • Mod parking – sumber tenaga luaran
  • Harga : RM 499

Mio dash cam malaysia

MiVue C360

  • sensor CMOS sensitif cahaya rendah Sony
  • Aperture f/1.8
  • Fungsi rakaman 1080p pada 30fps
  • Harga : RM 399Mio dash cam malaysia

MiVue A30

  • kamera belakang yang boleh dipadankan bersama MiVue 792, MiVue 785 dan MiVue 360.
  • Sensor CMOS sensitif cahaya rendah Sony
  • Lensa kaca dengan sudut lebar 130 darjah f/1.8
  • Mod rakaman malam
  • 1080p untuk kamera depan dan belakang
  • Harga : RM 499

MiVue Smartbox – pembekal tenaga untuk mod parking juga akan ditawarkan namun harga penjualan RM 199

Mio dash cam malaysia

Setiap dash-cam yang ditawarkan oleh Mio ini hadir dengan waranti selama tiga tahun selain pemasangan percuma.

maklumat lanjut dan dimana untuk membeli dashcam ini boleh diketahui di laman Mio Malaysia

Pembelian model kamera yang terpilih juga akan menerima produk kecantikan MiLuxy.

Mio dash cam malaysia

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.