Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Vivo NEX 3 kini rasmi dengan Snapdragon 855+, pengecasan pantas 44W dan skrin fullview Waterfall

Vivo NEX 3 Malaysia

Vivo NEX 3 Malaysia

Vivo NEX 3 kini rasmi dengan Snapdragon 855+, pengecasan pantas 44W dan skrin fullview Waterfall

Vivo secara rasminya telah melancarkan Vivo NEX yang merupakan generasi ketiga didalam siri kelas flaghsip Vivo dan ianya hadir dengan sokongan 5G.

Vivo NEX 3 5G Malaysia

Vivo NEX 3 juga menjadi telefon pintar flagship premium pertama untuk hadir dengan sensor utama 64MP Samsung ISOCELL Bright GW1 yang disertakan bersama dua sensor 13MP yang meluputi aspek fotografi landskap (lensa-lebar) dan telefoto (potrait).

Vivo NEX 3

Seperti kami laporkan sebelum ini, Vivo NEX 3 akan hadir dengan skrin paparan melengkung Waterfall Fullview dengan nisbah skrin kepada badan 99.6%. Ianya adalah panel Super AMOLED dengan ukuran 6.89-inci.

Dengan sisi telefon pintar Vivo NEX kini adalah skrin, tiada sebarang butang fizikal namun ianya hadir dengan teknologi Touch Sense yang memberikan kesan seperti anda menyentuh butang fizikal.

Bercakap mengenai kamera selfie pula, Vivo NEX 3 hadir dengan kamera pop-up 16MP yang kini lebih lebar dan diletakkan dibahagian tengah.

Vivo NEX 3 kini rasmi dengan Snapdragon 855+, pengecasan pantas 44W dan skrin fullview Waterfall 1

Vivo NEX 3 5G ini juga hadir dengan spesifikasi dalaman yang baik dimana pemproses Snapdragon 855 Plus disertakan dua pilihan RAM iaitu 8GB atau 12GB dengan 256GB storan dalaman.

Vivo NEX 3 kini rasmi dengan Snapdragon 855+, pengecasan pantas 44W dan skrin fullview Waterfall 2

Vivo NEX 3 juga hadir dengan bateri berkapasiti 4,500mAH dan terdapat sokongan pengecasan pantas 44W yang diwarisi dari Vivo iQOO Pro.

Vivo NEX 3 Malaysia Handson

Vivo NEX 3 akan memasuki pasaran Asia Pasifik, Tenggara China dan pasaran lain didalam masa terdekat.

Harga penjualan Vivo NEX 3 5G adalah seperti berikut :

Vivo NEX 3 5G 8/256GB – CNY 5,698 (RM 3,357)
Vivo NEX 3 5G 12/256G – CNY 6,198 (RM 3,651)

Selain itu, Vivo NEX 3 juga hadir dengan satu versi 4G yang memiliki 8GB RAM dan 128GB memori simpanan dalaman pada harga CNY 4,998 (RM 2,940).

Vivo turut juga mengumumkan satu earbud TWS Earphone dengan cip Qualcomm QCC5126 yang terbaru.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.