Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Samsung Galaxy A30s dan Galaxy A50s kini rasmi di Malaysia dengan harga serendah RM 899 sahaja

Samsung galaxy A30s dan A50s Malaysia

Samsung galaxy A30s dan A50s MalaysiaSamsung Galaxy A30s dan Galaxy A50s kini rasmi di Malaysia dengan harga serendah RM 899 sahaja

Samsung kini telah mengesahkan bahawa Galaxy A30s dan Galaxy A50s akan memasuki pasaran Malaysia dengan harga penjualan RM 899 dan RM 1,299.

Kedua-dua model terbaru didalam siri Galaxy A ini tiba selepas pelancaran Galaxy A10s ke pasaran Malaysia baru-baru ini.

Samsung Galaxy A30s dan Galaxy A50s kini rasmi di Malaysia dengan harga serendah RM 899 sahaja 1

Galaxy A30s dan Galaxy A50s hadir dengan reka bentuk yang sama iaitu corak geometri pada panel belakang.

Samsung Galaxy A30s dan Galaxy A50s kini rasmi di Malaysia dengan harga serendah RM 899 sahaja 2

Samsung Galaxy A30s

Bercakap mengenai Galaxy A30s, ianya hadir dengan skrin paparan Super AMOLED berukuran 6.4-inci dengan resolusi HD+, sensor capjari  dalam skrin, pemproses Exynos 7904, 4GB RAM dan 64GB memori simpanan dalaman.

Galaxy A30s Malaysia

Selain itu, Galaxy A30s kini hadir dengan tetapan tri-kamera dari Galaxy A50 iaitu sensor utama 25MP + sensor kanta lebar 8MP dan sensor kedalaman 5MP manakala kamera selfie adalah 16MP.

Samsung Galaxy A30s hadir dengan bateri berkapasiti 4,000mAh yang turut menawarkan sokongan pengecasan pantas 15W melalui slot USB-C.

Galaxy A50s Malaysia

Samsung Galaxy A50s

Samsung Galaxy A50s pula hadir dengan skrin paparan Super AMOLED FHD+ Infinity-U berukuran 6.4-inci yang turut memiliki sensor capjari terbina pada skrin.

Selain itu, Galaxy A50s juga memiliki pemproses Exynos 9611 dengan 6GB RAM dan 128GB memori simpanan dalaman.

Samsung Galaxy A50s

Pada bahagian kamera, Galaxy A50s kini memiliki tetapan tri-kamera dengan sensor utama 48MP f/2.0 manakala sensor kanta lebar dan sensor kedalaman masing-masing adalah 8MP dan 5MP. Kamera selfie pula kini adalah unit 32MP.

Galaxy a50s

Seperti A30s, Galaxy A50s juga memiliki bateri berkapasiti 4,000mAh dan masih dengan sokongan pengecasan pantas 15W.

Samsung Galaxy A30s dan Galaxy A50s kini rasmi di Malaysia dengan harga serendah RM 899 sahaja 3

Sebanyak tiga warna akan ditawarkan bagi Samsung Galaxy A30s dan Galaxy A50s iaitu Hitam ‘Prism Crush’, Putih ‘Prism Crush’ dan Hijau ‘Prism Crush’.

Samsung Galaxy A30s dan Galaxy A50s akan mula ditawarkan di Malaysia pada 21 September ini dan pembelian boleh dilakukan di stor rasmi Samsung mahupun secara atas talian di laman rasmi Samsung.

Berikut adalah promosi bagi pembelian terawal :

Galaxy a30s dan A50s Malaysia

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.