Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Realme mengesahkan 8 model yang akan menerima Android 10 bermula tahun 2020

Realme Malaysia Android 10 Update

Realme mengesahkan 8 model yang akan menerima Android 10 bermula tahun 2020

Selain pelancaran Realme XT sebentar tadi, Realme juga telah mengumumkan pelan penawaran sistem operasi Android 10 kepada pengguna telefon pintar Realme ini.

Realme telah mengesahkan bahawa sebanyak 8 model telefon pintar Realme akan menerima kemaskini Android dan ianya termasuk Realme 2 Pro yang dilancarkan hampir setahun lalu.

Pada suku pertama 2020, Realme akan menawarkan kemaskini Android 10 bagi Realme 3 Pro, Realme 5 Pro, Realme X dan Realme XT.

Bercakap mengenai suku kedua 2020, sebanyak 3 model akan menerima kemaskini Android 10 iaitu Realme 3, Realme 5 dan Realme 3i.

Realme 2 Pro akan menjadi telefon pintar terakhir yang akan menerima kemaskini Android 10 iaitu pada suku ketiga tahun depan.

Segala jangka masa kemaskini yang dikeluarkan oleh Realme adalah anggaran sahaja dan ianya mungkin berubah mengikut keadaan.

Realme XT dilancarkan dengan quad-kamera 64MP pada harga sekitar RM 934

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.