Vivo V17 Pro telah dikesan di SIRIM dan akan dilancarkan di Malaysia pada 1 Oktober
Vivo secara rasminya telah mengesahkan bahawa Vivo V17 Pro akan dilancarkan di Malaysia pada 1 Oktober ini.
Pengesahan ini diberikan selepas Vivo V17 Pro telah menerima pensijilan SIRIM.
V17 Pro adalah model telefon pintar terbaru Vivo didalam siri V dan ianya akan hadir dengan 6 kamera secara keseluruhanya.
Tetapan kamera Vivo V17 Pro adalah sesuatu yang pasti akan mencuri tumpuan kerana telefon pintar ini akan hadir dengan tetapan dwi-kamera selfie pop-up dengan resolusi sensorĀ 32MP + 2MP.
Kamera belakang Vivo V17 adalah tetapan quad-kamera dengan sensor utama 48MP + sensor lensar lebar + lensa makro 2MP dan lensa kedalaman 2MP.
Selain itu, Vivo V17 Pro dijangka akan hadir dengan skrin paparan Super AMOLED berukuran 6.44-inci, sensor capjari terbina didalam skrin, pemproses Snapdragon 675, 8GB RAM dan 128GB memori simpanan dalaman.
Vivo V17 Pro juga akan memiliki bateri berkapasiti 4,100mAh dengan pengecasan pantas.