Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Realme XT dilancarkan dengan quad-kamera 64MP pada harga sekitar RM 934

Realme XT Malaysia

Realme XT Malaysia

Realme XT dilancarkan dengan quad-kamera 64MP pada harga sekitar RM 934

Realme secara rasminya telah melancarkan telefon pintar pertama dipasaran untuk hadir dengan teknologi kamera utama 64MP.

Realme XT hadir dengan reka bentuk yang dikenali sebagai 3D Hyperbola yang berasaskan gelas.

Realme XT dilancarkan dengan quad-kamera 64MP pada harga sekitar RM 934 1

Terus kepada spesifikasi, Realme XT hadir dengan skrin paparan Super AMOLED berukuran 6.8-inci dengan nisbah skrin kepada badan 91.9%, pemproses Snapdragon 712 AIE, kapasiti memori  8GB manakala memori simpanan dalaman adalah 128GB.

Realme XT dilancarkan dengan quad-kamera 64MP pada harga sekitar RM 934 2

Selain itu, Realme XT juga memiliki tetapan quad-kamera iaitu satu sensor ISOCELL Bright GW1 64MP + sensor lensa lebar 8MP + sensor makro 2MP dan sensor kedalaman 2MP.

Realme XT Malaysia

Realme XT juga akan hadir dengan sensor capjari terbina pada skrin (Goodix G3.0) yang merupakan yang terkini dan terpantas dipasaran, ColorOS 6 berasaskan Android Pie, bateri berkapasiti 4,000mAh dengan VOOC 3.0 dan tidak lupa kamera selfie 16MP.

Realme XT kamera selfie

Selain itu, Realme XT akan hadir didalam dua pilihan warna iaitu biru ‘pearl’ dan putih ‘pearl’ dengan harga penjualan INR 15,999 atau sekitar RM 934.

Realme XT 730G

Buat masa ini masih belum ada maklumat penjualan di pasaran antarabangsa namun Realme turut mengesahkan Realme XT 730G akan diumumkan pada bulan Disember.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.