Apple iPhone 11 kini rasmi dengan lensa lebar pada harga dari RM 3,399
Apple secara rasminya telah melancarkan generasi terbaru Apple iPhone iaitu Apple iPhone 11, iPhone 11 Pro dan iPhone 11 Pro Max.
Ketiga-tiga telefon pintar Apple iPhone 11 ini hadir dengan reka bentuk baru yang berasaskan keluli dan gelas yang merupakan gelas paling kukuh pernah digunakan pada telefon pintar.
Selain itu, Apple iPhone 11, iPhone 11 Pro dan iPhone 11 Pro Max juga hadir dengan pemproses Apple A13 Bionic, dipadankan dengan GPU paling pantas pada telefon pintar dan tidak lupa sistem operasi terbaru Apple iOS 13.
Apple iPhone 11
Apple iPhone 11 adalah model pengganti kepada iPhone XR dan seperti iPhone XR ianya hadir didalam beberapa warna menarik seperti merah, kuning, hijau, ungu, hitam dan putih.
Apple iPhone 11 hadir dengan skrin paparan Liquid Retina Display berukuran 6.1-inci, sokongan kalis air IP68 sehingga 2 meter, teknologi Spatial audio dengan Dolby Atmos, Wi-Fi 6 dan teknologi pengecaman wajah FaceID yang lebih baik.
Selain itu, Apple iPhone 11 juga hadir dengan pengunaan dua sensor 12MP yang baru iaitu satu sensor lebar f/1.8 dengan OIS dan satu sensor ultra lebar f/2.4 dengan 120 darjah FOV.
Apple iPhone 11 juga hadir dengan sokongan mod penggambaran waktu malam yang akan diaktifkan secara automatik.
Bercakap mengenai bateri, Apple tidak mendedahkan kapasiti yang dimiliki oleh iPhone 11 namun mendakwa ianya mampu menawarkan satu jam lebih lama berbanding iPhone XR.
Apple iPhone 11 akan mula memasuki pasaran pada 20 September dengan harga penjualan di Malaysia adalah seperti berikut :
iPhone 11 64GB – RM 3,399
iPhone 11 128GB- RM 3,599
iPhone 11 256GB – RM 4,099