Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Apple iPhone 11 Pro dan 11 Pro Max kini rasmi dengan tri-kamera mod malam pada harga dari RM 4,899

Apple iPhone 11 Pro dan 11 Pro Max Malaysia

Selain pelancaran iPhone 11, Apple turut telah memperkenalkan dua lagi model iPhone 11 iaitu iPhone 11 Pro dan iPhone 11 Pro Max.

iPhone 11 Pro dan iPhone 11 Pro menjadi telefon pintar pertama Apple untuk hadir dengan tetapan tiga kamera dibelakang ( Android dah lama ada 😒).

Apple iPhone 11 Pro dan 11 Pro Max Malaysia

Apple iPhone 11 Pro hadir dengan skrin paparan Super Retina XDR berukuran 5.8-inci (458ppi) manakala iPhone 11 Pro memiliki skrin paparan berukuran 6.5-inci (458ppi).

Apple iPhone 11 Pro dan 11 Pro Max Malaysia

Bercakap mengenai kamera, Apple iPhone 11 Pro dan iPhone 11 Pro nampaknya memiliki tetapan tiga kamera yang sama iaitu 3 sensor yang ianya terdiri daripada sensor lebar 12MP f/1.8 + sensor ultra lebar 12MP f/2.4 dengan 120 darjah FOV dan sensor telefoto 12MP f/2.0. (Kamera selfie 12MP kini hadir dengan sokongan video 4K, video gerak perlahan Slofie).

Apple iPhone 11 Pro dan 11 Pro Max Malaysia

Seperti iPhone 11, iPhone 11 Pro dan iPhone 11 Pro Max juga hadir dengan mod penggambaran waktu malam, video 4K pada kadar 60fps, sokongan pengeditan video, video zoom, pengambilan gambar pantas ‘QuickTake’ dan banyak lagi.

Apple iPhone 11 Pro dan 11 Pro Max Malaysia

Apple iPhone 11 Pro menjanjikan jangka hayat bateri 4 jam lebih lama berbanding iPhone XS manakala iPhone 11 Pro Max pula menjanjikan hampir 5 lebih lama berbanding iPhone XS Max dan kedua-dua model ini akan turut disertakan dengan palam pengecasan pantas 18W.

Apple iPhone 11 Pro dan 11 Pro Max Malaysia

Apple iPhone 11 Pro dan iPhone 11 Pro Max juga hadir dengan Wi-Fi 6, pengecasan tanpa wayar, pensijilan kalis air IP68 pada kedalaman 4 meter dan teknologi FaceID yang lebih baik.

Apple iPhone 11 Pro dan 11 Pro Max Malaysia

Apple iPhone 11 Pro dan iPhone 11 Pro Max akan memasuki pasaran pada 27 September dan harga penjualan di Malaysia adalah seperti berikut :

iPhone 11 Pro 64GB – RM 4,899
iPhone 11 Pro 256B – RM 5,599
iPhone 11 Pro 512GB – RM 6,499
iPhone 11 Pro Max 64GB – RM 5,299
iPhone 11 Pro Max 256B – RM 5,999
iPhone 11 Pro Max 512GB – RM 6,899

Apple iPhone 11 dan iPhone 11 Pro hadir didalam 4 pilihan warna iaitu kelabu ‘space gray’, putih, hijau ‘midnight’ dan emas.

Apple iPhone 11 kini rasmi dengan lensa lebar pada harga dari RM 3,399

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.