Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Dapatkan Vivo S1 secara percuma melalui pelan prabayar Celcom

Vivo S1 Celcom Plan

Beberapa hari lalu kami ada melaporkan penawaran menarik daripada Maxis bagi telefon pintar Vivo S1 yang boleh dimiliki pada harga RM 1 melalui pelan MaxisONE yang terpilih.

Dapatkan Vivo S1 pada harga RM 1 dengan pelan MaxisOne 158

Jika Maxis bukanlah rangkaian telekomunikasi yang anda gunakan, kini Celcom turut telah mengumumkan pelan bagi Vivo S1 yang boleh anda miliki secara percuma.

Celcom menawarkan 4 pelan pascabayar bagi Vivo S1 seperti berikut :

Pelan

Harga Pelan

Harga Peranti

Gold Plus 40GB

RM98

RM478

Supreme 50GB

RM128

RM318

Platinum 60GB

RM148

RM178

Platinum Plus 100GB

RM188

PERCUMA

Jika anda ingin memiliki Vivo S1 bernilai RM 1,099 ini secara percuma, maka anda harus mengambil pelan Celcom Platinum Plus yang menawarkan 100GB internet dengan bayaran RM 188 sebulan.

Pelan-pelan lain pula memerlukan anda membayar sedikit bagi peranti iaitu dari RM 178 sehingga RM 478.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.