Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

VIP Squad dinobatkan sebagai juara PUBG Mobile Malaysia National Championship 2019

PUBG Mobile Malaysia National Championship

Pasukan jemputan profesional VIP Squad telah dinobatkan sebagai juara PUBG Mobile Malaysia National Championship (PMNC) 2019 yang membolehkan mereka membawa pulang RM 40,00.

PUBG Mobile Malaysia National Championship

Grand Final PUBG Mobile Malaysia National Championship (PMNC) 2019 ini telah diadakan pada 13 dan 14 Julai 2019 di Quill Convention Centre, Quill City Mall, Kuala Lumpur dan kejohanan ini telah dianjurkan bersama oleh Tencent dan Vivo.

PUBG Mobile Malaysia National Championship

VIP yang membawa maksud Victorious in Play together bersama-sama pasukan AROV, Junior Talent dan Team Secret akan menyertai pasukan Yoodo.Gank untuk membawa cabaran Malaysia di kejohanan PUBG Mobile Club Open (PMCO) South East Asia (SEA) Fall Split 2019 yang diadakan buat pertama kali.

PUBG Mobile Malaysia National Championship

Ketua Pegawai Eksekutif Vivo Malaysia, Mike Xu mengucapkan semoga berjaya bagi kejohanan PUBG Mobile Club Open (PMCO) South East Asia (SEA) Fall Split 2019 dan berbangga Vivo adalah rakan rasmi yang membantu pembangunan E-sukan di Malaysia.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.