Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Asus ROG Phone 2 akan menjadi telefon pintar pertama untuk menggunakan pemproses Snapdragon 855 Plus

Asus ROG Phone 2 Snapdragon 855 Plus

Asus ROG Phone 2 akan menjadi telefon pintar pertama untuk menggunakan pemproses Snapdragon 855 Plus

Asus secara rasminya telah mengumumkan bahawa telefon pintar gaming terbaru ROG Phone II akan menjadi telefon pintar pertama yang akan menggunakan pemproses Qualcomm Snapdragon 855+.

Pemproses Snapdragon 855 Plus yang baru diumumkan ini adalah sama seperti Snapdrago. 855 namun dengan kelajuan CPU yang lebih tinggi iaitu 2.96GHz yang memberikan 4.2% peningkatan prestasi CPU.

Qualcomm melancarkan pemproses Snapdragon 855 Plus

Walaubagaimanapun, sebab utama Asus memilih untuk menggunakan pemproses terbaru Qualcomm ini mungkin disebabkan prestasi GPU yang mana prestasi Adreno 640 yang digunakan pada SD855 Plus ini adalah 15% lebih baik berbanding pada versi bukan Plus.

Asus rog phone 2 snapdragon 855 plus

Pengumuman ini adalah sama seperti pelancaran generasi pertama Asus ROG Phone yang hadir dengan versi khas Snapdragon 845 yang lebih pantas.

Walaubagaimanapun, tidak seperti generasi pertama ROG Phone, Asus ROG Phone II tidak akan menjadi satu-satunya telefon pintar untuk menggunakan pemproses flagship terbaru Snapdragon ini

Pelancaran rasmi Asus ROG Phone II akan diadakan pada 23 Julai ini dan ianya juga akan memiliki skrin paparan 120Hz dan teknologi pengecasan pantas 30Wmemiliki skrin paparan 120Hz dan teknologi pengecasan pantas 30W.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.