Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

CUBEAM – lampu suluh moden kalis air yang patut anda miliki

CUBEAM - lampu suluh moden kalis air yang patut anda miliki 1

Setiap kali kita memerlukan lampu suluh, kita pasti tidak akan mempunyainya dan kadang terlupa untuk membawanya bersama.

Pengganti kepada lampu suluh adalah lampu flash kamera pada telefon pintar namun jumlah cahaya dan keterangan flash kamera ini adalah sangat terhad.

 

CUBEAM - lampu suluh moden kalis air yang patut anda miliki 2

Walaubagaimanapun hasil daripada idea inovatif oleh beberapa pereka terkemuka, mereka telah mengeluarkan satu lampu suluh kompak yang mampu menjadi pengganti paling layak, iaitu CUBEAM bagi lampu suluh tradisional.

CUBEAM adalah nama bagi lampu suluh kompak ini dan ianya hadir didalam bentuk bongkah segi empat yang sangat simplistik reka bentuknya.

CUBEAM - lampu suluh moden kalis air yang patut anda miliki 3

Saiz lampu CUBEAM ini hanya 1/4 daripada saiz lampu suluh konvensional dan ianya boleh dicaj dengan menggunakan pengecasan USB-C (pengecasan penuh mengambil masa 45 minit sahaja – bateri 280mAh ).

CUBEAM - lampu suluh moden kalis air yang patut anda miliki 4

CUBEAM ini hadir didalam tiga mod suluhan lampu iaitu mod biasa (20 lumen) yang mampu menawarkan 8 jam pengunaan, mod maksima (150 lumen) yang hanya menawarkan dua jam pengunaan manakala mod kecemasan yang berkelip mampu bertahan selama 4 jam.

 

Selain sebagai lampu suluh ketika kecemasan, CUBEAM juga boleh berfungsi sebagai lampu basikal yang efektif dan pemaut basikal juga disertakan didalam kotak pembelian secara percuma.

CUBEAM - lampu suluh moden kalis air yang patut anda miliki 5

CUBEAM yang hadir dengan reka bentuk bongkah ini juga boleh digunakan sebagai alat ‘fidget’ yang membolehkan anda mengurangkan tekanan tidak kira ditempat kerja mahupun dirumah.

CUBEAM - lampu suluh moden kalis air yang patut anda miliki 6

CUBEAM ini juga hadir dengan sijil kalis air IPX4 dan bersama-sama pemaut basikal, setiap pembelian CUBEAM akan turut menerima satu tali penggantung dan kable pengecasan USB-C.

CUBEAM - lampu suluh moden kalis air yang patut anda miliki 7

CUBEAM telah berjaya memperoleh dana melalui laman pengumpulan dana awam KickStarter dengan jumlah terkumpul adalah HK$ 24,084 (RM  12,760).

CUBEAM akan mula memasuki proses pengilangan pada bulan Mei-Julai 2019 manakala penghantaran akan mula dibuat mulai bulan Ogos atau September 2019.

CUBEAM - lampu suluh moden kalis air yang patut anda miliki 8

Ulasan CUBEAM

Bagi kami CUBEAM adalah satu peranti yang berguna dan reka bentuk yang kompak juga memberikan anda kemudahan untuk membawanya kemana sahaja.

Selain itu, pengunaan bateri yang boleh dicas dengan mudah melalui USB-C juga memberikan kelebihan kepada lampu CUBEAM ini berbanding lampu suluh tradisional.

CUBEAM - lampu suluh moden kalis air yang patut anda miliki 9

Bagi yang suka aktiviti berbasikal, CUBEAM juga boleh digunakan sebagai lampu basikal yang lebih terang dan anda juga tidak perlu risau akan kehabisan bateri namun jika habis sekalipun anda boleh mengecas semula menggunakan powerbank.

CUBEAM hadir didalam beberapa pilihan warna dengan harga penjualan $19.90 atau sekitar RM 83.

Buat masa ini penjualan masih belum dibuka namun ianya dijangka akan mula memasuki pasaran pada bulan hadapan. 

https://www.kickstarter.com/projects/cubeam/cubeam

More Stories

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.