Xiaomi Mi Band 4 dilancarkan dengan skrin AMOLED berwarna dan bateri tahan 20 hari pada harga serendah RM 102
Xiaomi secara rasminya telah memperkenalkan Mi Band 4 yang buat pertama kalinya hadir dengan panel skrin berwarna.
Mi Band 4 hadir dengan panel skrin AMOLED berukuran 0.95-inci dengan resolusi 120 x 240 piksel dan dilapisi gelas perlindungan 2.5D.
Mi Band 4 juga hadir dengan mikrofon terbina yang membolehkan anda berinteraksi melalui arahan suara.
Mi Band 4 juga memiliki 6- accelerometer yang akan membantu merekod aktiviti fizikal seperti berbasikal, bersenam, berlari, berenang dan berjalan.
Aktiviti renang juga lebih efektif dengan Mi Band 4 mampu mengesan corak renangan anda dan juga kalis air 5 ATM.
Selain itu, Mi Band 4 juga hadir dengan sokongan pembayaran melalui kod QR yang dipaparkan pada skrin.
Mi Band 4 juga hadir dengan 77 corak jam, 6 mod sukan dan mempunyai jangka hayat bateri yang mampu bertahan sehingga 20 hari dengan satu pengecasan penuh.
Xiaomi Mi Band 4 hadir dengan harga penjualan serendah CNY 169 atau sekitar RM 102 sahaja.
Selain itu, Mi Band 4 juga ditawarkan didalam versi NFC pada harga CNY 229 (RM 138) manakala versi Avengers Series pula ditawarkan pada harga CNY 349 ( RM 210).
Penjualan di China akan bermula pada 16 Jun ini namun buat masa ini penjualan dan harga bagi Mi Band 4 di pasaran antarabangsa masih belum diketahui.
Pelancaran Xiaomi Mi Band 4 di Malaysia sudah pasti ditunggu-tunggu selepas Mi Band 3 dan Mi Band 2 mendapat sambutan yang menggalakan.
Dapat info selanjut di Xiaomi Facebook