Roadshow Oppo Reno 10x Zoom akan diadakan pada 18 Jun ini
Oppo Malaysia telah mengumumkan bahawa roadshow pertama Oppo Reno 10x Zoom akan diadakan pada 18 Jun ini yang juga menandakan bermulanya penjualan telefon pintar futuristik ini.
Roadshow Oppo Reno 10x Zoom ini akan diadakan di di Orange Concourse, Sunway Pyramid mulai jam 6.30 petang dan ianya akan turut dihadiri oleh beberapa selebriti tempatan termasuk Amyra Rosli.
Selain itu, roadshow Oppo Reno 10x Zoom ini juga akan juga menjadi satu perayaan seni dan kreativiti selain promosi menarik untuk membeli telefon pintar terbaru Oppo ini.
Oppo Reno 10x Zoom adalah telefon pintar kelas flagship terbaru Oppo yang hadir dengan teknologi kamera 13MP yang memiliki lensa persikop membolehkan Oppo Reno ini kebolehan zoom 10x lossess hibrid.
Selain itu, tetapan kamera belakang Oppo Reno 10x Zoom ini dilengkapi dengan satu sensor 48MP f/1.7 dan saru sensor lensa lebar 120 darjah pada resolusi 8MP.
Kamera selfie juga memperkenalkan modul kamera terangkat yang baru dan diberikan gelaran ‘shark fin’ dan ianya memiliki resolusi 16MP f/2.0 dengan lensa 79.3 darjah.
Dengan pengunaan kamera selfie terangkat Shark Fin, Oppo berjaya menempatkan skrin paparan FHD+ tanpa takukan 100% berukuran 6.6-inco dengan nisbah skrin kepada rangka 93.1% dan tidak lupa sensor capjari terbina dalam skrin.
Pada bahagian dalaman, Reno edisi 10x Zoom memiliki pemproses Snapdragon 855, 8 RAM dan 256GB memori dalaman.
Oppo 10x Zoom juga hadir dengan sistem operasi ColorOS 6 yang berasaskan Android Pie, pembesar suara stereo Dolby Atmos, teknologi penyejukan cecair dan bateri berkapasiti 4,065mAh yang turut menyokong pengecasan pantas VOOC 3.0 ( tiada super VOOC).
Oppo Reno 10x Zoom akan ditawarkan didalam dua warna iaitu hijau dan hitam.
Oppo Reno edisi 10x Zoom ini hadir dengan harga penjualan RM 3,399 dan pra-tempahan juga telah dibuka sejak beberapa minggu lalu (sehingga 17 Jun).
pra-tempah Oppo Reno 10x Zoom di Lazada
pra-tempah Oppo Reno 10x Zoom di Shopee