Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Samsung Galaxy M40 dilancarkan dengan spesifikasi baik pada harga serendah RM 1,199 sahaja

Pada tahun 2019, Samsung dilihat hadir dengan pendekatkan yang berbeza didalam strategi produk mereka khususnya bagi telefon pintar kelas mampu milik dan pertengahan.

Pengenalan siri Galaxy A dan Galaxy M yang baru pada tahun ini telah terbukti popular dan syarikat ini kini telah memperkenalkan satu lagi model baru didalam siri Galaxy M.

Samsung Galaxy M40 kini telah diumumkan secara rasmi dan ianya hadir dengan reka bentuk skrin PLS Infinity-O berukuran 6.3-inci, pemproses Snapdragon 675, 6GB RAM dan 128GB memori simpanan dalaman.

Selain itu, Galaxy M40 juga hadir dengan tetapan tiga kamera di belakang iaitu sensor utama 32MP + sensor lensa lebar 8MP dan sensor kedalaman 5MP. Kamera ini juga menyokong rakaman video 4K dan video gerak perlahan 240fps selain kamera selfie 16MP.

Galaxy M40 juga memiliki teknologi bunyi Screen Sound yang menggunakan skrin sebagai pembesar suara, sokongan kad microSD sehingga 512GB, sensor capjari dan bateri berkapasiti 3,500mAh dengan pengecasan pantas 15W (USB-C).

Galaxy M40 ini juga hadir dengan Samsung OneUI berasaskan Android Pie, audio Dolby Atmos, NFC dan Bluetooth 5.0.

Samsung Galaxy M40 akan ditawarkan didalam dua pilihan warna iaitu biru pekat dan biru cair dengan harga penjualan INR 19,990 (RM 1,199).

Buat masa ini Galaxy M40 (dikenali sebagai Galaxy A60 di China) hanya ditawarkan di pasaran India namun penawaran ke lebih banyak pasaran antarabangsa akan berlaku didalam masa terdekat.

sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.