Redmi K20 akan dilancarkan dengan skrin AMOLED, Snapdragon 855 dan tri-kamera
Redmi secara rasminya telah mengesahkan nama bagi telefon pintar flagship pertama ini dan ianya akan dikenali sebagai Redmi K20.
Selain itu, naib presiden Xiaomi India VP Manu telah membuat satu posting di twitter yang mengucapkan tahniah kepada OnePlus dengan pelancaran OnePlus 7 Pro dan beliau juga berkata OnePlus telah kehilangan identiti sebagai pengeluar telefon pintar ‘flagship killer’.
Beliau mengesahkan telefon pintar flagship Redmi yang akan dilancarkan tidak lama lagi akan menggantikan tempat OnePlus dan ianya adalah flagship killer 2.0.
Redmi K20 dijangka akan hadir dengan skrin paparan AMOLED FHD+ berukuran 6.39-inci yang memiliki sensor capjari terbina pada skrin dan lapisan gelas keselamatan Corning Gorilla 6.
The front camera will be mounted on a pop-up mechanism and sport a 20MP sensor. The highlight of the phone will be its Snapdragon 855 chipset – a first for the newly spun-off Redmi subbrand.
Selain itu, Redmi K20 akan turut hadir dengan pemproses Snapdragon 855 yang pertama kali digunakan pada peranti Redmi.
Bercakap mengenai kamera, Redmi K20 akan memiliki tetapan 3 kamera dibelakang iaitu sensor utama 48MP, sensor ultra-lebar 8MP dan sensor telefoto 16MP manakala kamera selfie adalah 20MP dengan mekanisma pop-up.
Redmi K20 akan turut hadir dengan bateri berkapasiti 4,000mAh yang disertakan dengan pengecasan pantas 27W.
Redmi K20 akan ditawarkan didalam beberapa warna menarik iaitu hitam karbon, biru dan merah.
Selain itu, terdapat juga laporan tidak rasmi yang mengatakan Redmi K20 ini akan dilancarkan sebagai POCO F2 dibeberapa pasaran lain.