Samsung Galaxy A70 kini di Malaysia dengan harga RM 1,999
Selepas memperkenalkan Galaxy A30 dan Galaxy A50 ke pasaran Malaysia beberapa bulan lalu, Samsung kini telah mengumumkan penawaran satu lagi model didalam siri Galaxy A ini iaitu Galaxy A70 dengan harga penjualan RM 1,999.
Samsung Galaxy A70 ini hadir dengan skrin paparan Super AMOLED Infinity-U berukuran 6.7-inci (1080 x 2400) , pemproses octa-core, 8GB RAM dan 128GB memori dalaman yang turut hadir dengan slot microSD yang menyokong tambahan 512GB memori dalaman.
Bercakap mengenai kamera, Galaxy A70 akan hadir dengan tetapan tiga kamera yang sama seperti Galaxy A50 namun sensor yang digunakan adalah berbeza dimana A70 hadir dengan sensor utama 32MP f/1.7, lensa lebar ultra 8MP f/2.2 dan lensa kedalaman 5MP f/2.2.
Selain itu, Galaxy A70 juga hadir dengan kamera selfie 32MP yang memiliki aperture f/2.2.
Galaxy A70 juga hadir dengan sensor capjari terbina pada skrin, Android 9.0 Pie (OneUI), bateri berkapasiti 4,500mAh dengan teknologi pengecasan Super Fast Charging dan tiga slot SIM.
Samsung Galaxy A70 yang ditawarkan dengan reka bentuk 3D Glasstic ini akan hadir didalam tiga pilihan warna iaitu hitam, biru dan putih.
Samsung Galaxy M20 dengan bateri 5,000mAh dilancarkan pada harga RM 799 sahaja