b39plus20-onexox-black-unlimited-calls

Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Oppo Reno 5G menjadi telefon pintar 5G komersial pertama dipasaran Eropah

Oppo Reno 5G menjadi telefon pintar 5G komersial pertama dipasaran Eropah 1

Oppo secara rasminya telah mengesahkan bahawa Oppo Reno 5G akan menjadi telefon pintar komersial 5G pertama di pasaran Eropah.

Oppo kini telah mula menawarkan Oppo Reno 5G dipasaran Switzerland dengan melalui syarikat telekomunikasi Swisscom.

Oppo Reno 5G juga dikenali sebagai Oppo Reno 10x Zoom namun versi yang ditawarkan oleh Swisscom ini menyokong rangkaian 5G.

HONOR Malaysia Celebrates Its 5th Anniversary with The Biggest Party Ever! 3 min read

Oppo Reno 5G menjadi telefon pintar 5G komersial pertama dipasaran Eropah 2

Oppo Reno 5G adalah telefon pintar kelas flagship terbaru Oppo yang hadir dengan teknologi kamera 13MP yang memiliki lensa persikop  dan ini membolehkan Oppo Reno ini menawarkan teknologi pengzooman 10x lossess hibrid.

Selain itu, tetapan kamera belakang Oppo Reno 5G ini dilengkapi dengan satu sensor 48MP f/1.7 dan saru sensor lensa lebar 120 darjah pada resolusi 8MP.

Oppo Reno 5G menjadi telefon pintar 5G komersial pertama dipasaran Eropah 3

Kamera selfie juga memperkenalkan modul kamera terangkat yang baru dan diberikan gelaran ‘shark fin’ dan ianya memiliki resolusi 16MP f/2.0 dengan lensa 79.3 darjah.

Dengan pengunaan kamera selfie terangkat Shark Fin, Oppo berjaya menempatkan skrin paparan FHD+ tanpa takukan 100% berukuran 6.65-inci dengan nisbah skrin kepada rangka 93.1% dan tidak lupa sensor capjari terbina dalam skrin.

Pada bahagian dalaman, Reno 5G ini memiliki pemproses Snapdragon 855, 8GB RAM dan 256GB memori simpanan dalaman.

Oppo Reno 5G menjadi telefon pintar 5G komersial pertama dipasaran Eropah 4

Oppo Reno 5G  juga hadir dengan sistem operasi ColorOS 6 yang berasaskan Android Pie, pembesar suara stereo Dolby Atmos, teknologi penyejukan cecair dan bateri berkapasiti 4,065mAh yang turut menyokong pengecasan pantas VOOC 3.0 ( tiada super VOOC).

Oppo Reno 5G ini ditawarkan didalam satu pilihan warna iaitu hijau dengan harga penjualan CHF 999 atau sekitar RM 4,053.

maklumat lanjut di Oppo Reno 5G Swisscom

harimaubet666.com