Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Ribuan pembeli beratur panjang beli Huawei P30 dan Huawei P30 Pro

Telefon pintar terbaru Huawei iaitu Huawei P30 dan Huawei P30 Pro telah mula dijual secara rasmi pada 6 April yang lalu iaitu serentak dengan  penjualan pertama di 11 lokasi utama seluruh negara.

Selepas kesemua stok pra-tempahan bagi Huawei P30 dan Huawei P30 Pro habis dijual, penjualan dikesemua 11 titik penjualan telefon pintar ini juga mendapat sambutan yang tidak kurang hebatnya.

Ribuan pembeli telefon pintar terbaru Huawei P30 dan P30 Pro telah membanjiri pusat penjualan yang menawarkan pelbagai ganjaran dan hadiah percuma kepada pembeli (hadiah seperti yang ditawarkan bagi yang membuat pra-tempahan).

Bagi anda tidak berjaya mendapatkan Huawei P30 atau Huawei P30 Pro, tempahan kedua bagi telefon pintar ini telah dibuka (tepat jam 12 tengah hari) di stor atas talian rasmi Huawei.

Tempah di sini > HuaweiOnlineStore

Berikut adalah harga penjualan Huawei P30 dan Huawei P30 Pro di Malaysia :

Huawei P30 8GB/128GB – RM 2,699

Huawei P30 Pro 8GB/256GB – RM 3,799

Huawei P30 Pro 8GB/512GB – RM 4,399

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.