Penjualan Oppo F11 Pro adalah 20% lebih baik dari Oppo F9
Oppo Malaysia secara rasminya telah mengumumkan bahawa penjualan bagi Oppo F11 Pro adalah 20% lebih baik berbanding penjualan Oppo F9.
Oppo F11 Pro juga dengan kamera 48MP+5MP dilancarkan secara rasmi pada harga RM 1,399 sahaja
Roadshow Oppo F11 Pro telah berlangsung dengan mendapat sambutan yang baik dan ianya turut telah dihadiri oleh Fattah Amin.
Oppo F11 Pro telah dilancarkan ke pasaran Malaysia beberapa minggu lalu pada harga RM 1,399 dan antara spesifikasi menarik telefon pintar ini adalah kamera selfie pop-up 16MP dan kamera utama 48MP.
Selain itu, sempena pelancaran F11 Pro ini, Oppo telah berkerjasama dengan platform video pendek, TikTok untuk melancarkan cabaran Oppo F11 Pro TikTok Challenge yang dikenali sebagai #LightUpF11Pro.
Dari 31 Mac sehingga 20 April, pengguna TikTok boleh menyertai cabaran ini dengan membuat rakaman video pendek di TikTok menggunakan lagu Oppo F11 Pro yang telah ditulis oleh Ayda Jebat dengan setiap penyertaan sah membolehkan anda memenangi wang tunai dan hadiah keseluruhan yang berjumlah hampir RM 10,00.
Pemenang tempat pertama akan menerima hadiah wang tunai bernilai RM 3,000 dan satu unit Oppo F11 Pro, pemenang tempat kedua pula akan menerima wang tunai RM 1,500 dan satu unit Oppo F11 Pro manakala pemenang tempat ketiga akan membawa pulang wang tunai RM 1,000 dan smart band bernilai RM 389.
Maklumat lanjut dan cara untuk menyertai peraduan TikTok #LightUpF11Pro boleh anda ketahui di pautan ini > http://vt.tiktok.com/JYKYpV/