Honor 10i dengan tetapan tiga kamera dan kamera selfie 32MP bakal dilancarkan
Sedang Honor bersiap sedia untuk melancarkan Honor 8C ke pasaran Malaysia, syarikat ini dilihat juga telah memperkenalkan satu lagi varian Honor 10 yang dikenali sebagai Honor 10i dan ianya mempunyai beberapa persamaan dengan Honor 10 Lite.
Honor 10i telah diperkenalkan di pasaran Rusia (masih belum rasmi) dan ianya memiliki tetapan tiga kamera dibelakang ( Honor 10 Lite hanya memiliki tetapan dwi-kamera) dan kamera selfie 32MP.
Tetapan kamera dibelakang adalah 24MP f/1.8 + 8MP f/2.4 dan 2MP sensor mengesan kedalaman.
Selain dari itu, Honor 10i mempunyai spesifikasi yang diwarisi dari Honor 10 Lite iaitu skrin paparan 6.21-inci dengan resolusi FHD+, pemproses Kirin 710, bateri berkapasiti 3,400mAh dan EMUI 9 yang berasaskan Android Pie.
Honor 10i hadir dengan tetapan 4GB RAM dan 128GB memori dalaman dan konfigurasi ini tidak ditawarkan pada Honor 10 Lite.
Harga penjualan di Rusia dikatakan RUB 19,990 iaitu sekitar RM 1,267 yang boleh dikatakan tinggi namun pasaran Rusia memang terkenal dengan harga penjualan yang tinggi berbanding pasaran lain.
Sebagai perbandingan Honor 10 Lite di Malaysia hadir dengan harga penjualan yang bermula dari RM 699.
ULASAN : Honor 10 Lite – telefon pintar bajet dengan Android Pie dan skrin dew drop
Buat masa ini masih belum ada maklumat mengenai penawaran Honor 10i ini ke pasaran lain.