Siri Oppo Reno yang memiliki teknologi ‘zoom loosless’ 10x akan dilancarkan pada 10 April 2019
Oppo secara rasminya telah mengumumkan satu siri telefon pintar baru yang dikenali sebagai Reno.
Pengesahan mengenai Siri Oppo Reno telah dibuat di akaun Weibo Oppo di China.
Buat masa ini tiada sebarang maklumat mengenai apakah kelebihan yang akan dimiliki oleh telefon pintar siri Reno ini namun ianya mungkin diposisikan dibawah siri Find yang merupakan siri flagship Oppo.
Oppo Reno telah disahkan akan dilancarkan pada 10 April 2019 dan ianya mungkin menjadi model pertama Oppo yang akan memiliki teknologi ‘zoom loosless’ 10x yang membuat penampilan di MWC baru-baru ini.
Selain itu, model pertama Siri Oppo Reno ini dijangka akan hadir dengan tetapan tiga kamera dibelakang iaitu lensa ultra lebar + lensa 48MP Sony IMX586 + lensa 5MP dan tidak lupa kamera selfie 16MP.
Oppo Reno juga dikatakan akan hadir dengan pemproses Qualcomm Snapdragon 710 yang turut digunakan pada Oppo 17 Pro, skrin paparan FHD+ berukuran 6.4-inci dan ColorOS 6.
Segala persoalan mengenai Oppo Reno akan terjawab pada 10 April 2019.
Status pelancaran global Oppo Reno ini masih belum diketahui namun dengan teknologi kamera yang luar biasa, Oppo Reno dijangka akan memasuki pasaran utama dunia termasuk Malaysia.
Oppo Malaysia mendedahkan kebolehan sebenar pemproses Snapdragon 710 yang digunakan pada Oppo R17
5 Perkara menarik yang anda boleh lakukan dengan telefon pintar berharga RM 699!