Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Kebolehan zoom Huawei P30 Pro terbukti pada gambar yang diambil di konsert Blue ini

Huawei P30 Pro

Menghadiri konsert artis kegemaran kita adalah satu pengalaman yang sudah pasti akan menjadi kenangan kita sampai bila-bila.

Walaupun artis pujaan anda berada di atas, anda mungkin merasakan jarak antara anda dan mereka masih terlalu jauh untuk anda mendapat gambaran jelas wajah mereka.

Walaubagaimanapun, dengan telefon pintar terbaru Huawei P30 Pro yang akan dilancarkan secara rasmi pada 26 Mac ini, pengalaman mengambil gambar di konsert mungkin akan berubah untuk selama-lamanya.

Dengan teknologi zoom luar biasa yang dimiliki oleh Huawei P30 Pro, anda mampu mengambil gambar artis kegemaran anda dengan lebih dekat tanpa sebarang kekaburan yang keterlaluan walaupun jarak sebenar anda dan pentas adalah jauh.

Antara spesifikasi Huawei P30 Pro yang diketahui adalah pengunaan 4 sensor kamera Leica generasi baru , pemproses Kirin 980, kapasiti RAM sekitar 6GB-8GB, memori simpanan dalaman dari 128GB, bateri berkapasiti 3,000-4,000mAh dengan pengecasan pantas Huawei SuperCharge dan banyak lagi.

Berikut adalah gambar-gambar yang telah diambil oleh telefon pintar terbaru siri Huawei P30 yang akan dilancarkan secara rasmi pada 26 Mac ini.

Kebolehan zoom Huawei P30 Pro terbukti pada gambar yang diambil di konsert Blue ini 1

Kebolehan zoom Huawei P30 Pro terbukti pada gambar yang diambil di konsert Blue ini 2

Kebolehan zoom Huawei P30 Pro terbukti pada gambar yang diambil di konsert Blue ini 3

Huawei Backup berkapasiti 1TB akan ditawarkan secara percuma dengan pembelian Siri Huawei P30 di Malaysia

Huawei berjaya menjual 10 juta unit telefon pintar siri Huawei Mate 20 didalam masa 5 bulan sahaja

Siri Samsung Galaxy M akan dilancarkan pada 18 Mac ini secara eksklusif di Shopee

Sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.