Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Vivo telah mencatatkan peningkatan penjualan sebanyak 60% di Malaysia

Vivo Malaysia telah mengumumkan bahawa kadar pertumbuhan positif penjualan telefon pintar Vivo berterusan dengan pelancaran Vivo V15 Pro baru-baru ini.

Jenama telefon pintar terkemuka ini telah mencatakan rekod peningkatan penjualan sebanyak 60% di Vivo Superday Sale berbanding penjualan siri V11 sebelum ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Vivo, Mike Xu berkata bahawa Vivo berada didalam kedudukan yang kukuh dan ianya boleh dilihat dengan peningkatan penjualan berbanding penjualan di roadshow sebelum ini.

Selain itu, tidak setakat di Vivo Superday Sale, pra-tempahan atas talian bagi Vivo V15 Pro adalah 75% lebih tinggi manakala penjualan di stor pula telah meningkat sebanyak 48%.

Antara sebab Vivo mampu mencapai pertumbuhan penjualan yang baik ini adalah portfolio produk yang menyeluruh dan perkembangan ke lebih banyak pasaran antarabangsa.

Pada tahun 2019, Vivo menjangkakan akan mencapai pertumbuhan sebanyak 30% sejajar dengan peningkatan pengunaan telefon pintar di Malaysia.

Vivo kini mempunyai penjenamaan yang kukuh di Malaysia dan ini telah dibuktikan oleh statistik yang dikeluarkan oleh Socialbaker yang mengesahkan bahawa Vivo adalah jenama telefon pintar paling digemari oleh pengguna Facebook di Malaysia.

Vivo V15 Pro yang dilancarkan minggu lalu kini ditawarkan di Malaysia pada harga penjualan RM 1,799 dan pelancaran rasmi ini telah turut dihadiri oleh penyanyi ikonik negara Dato’ Sri Siti Nurhaliza dan pelakon Janna Nick selaku duta rasmi Vivo.

Comments

comments