Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Huawei Nova 4e akan diumumkan secara rasmi pada 14 Mac ini

Huawei Nova 4e telah disahkan akan memasuki pasaran Malaysia dan pengumuman rasmi telefon pintar ini dijangka akan dibuat pada 14 Mac ini (di China)

Walaupun masih belum diumumkan secara rasmi, spesifikasi telefon pintar ini telah diketahui umum.

Huawei Nova 4e dijangka akan hadir dengan skrin paparan TFT LCD berukuran 6.15-inci dengan resolusi 2312 x 1080 dan kepadatan piksel 415ppi, pemproses Kirin 710, 4/6GB RAM, 128GB memori simpanan dalaman dan memiliki EMUI 9.0.1

Selain itu, teaser awal juga telah mengesahkan bahawa Huawei Nova 4e ini akan hadir dengan kamera selfie 32MP yang diletakkan pada takuk waterdrop.

Huawei Nova 4e akan turut hadir dengan bateri berkapasiti 3,340mAh dengan pengecasan pantas, tetapan tiga kamera belakang dan akan ditawarkan didalam tiga warna iaitu hitam, biru dan putih.

Huawei Nova 4e akan turut memasuki pasaran lain dibawah Huawei P30 Lite.

Sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.