Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Dapatkan hadiah percuma bernilai RM 530 dengan pembelian Vivo V15 Pro melalui Senheng dan SenQ

Selepas dilancarkan secara meriah pada 26 Februari lalu, Vivo V15 Pro telah mula dibuka untuk tempahan secara rasmi pada harga penjualan RM 1,799.

Lebih menarik, tempahan Vivo V15 Pro ini juga boleh dibuat di mana-mana stor Senheng atau SenQ di seluruh negara sehingga 3 Mac ini dan setiap tempahan akan menerima hadiah percuma bernilai RM 530.

Dengan tempahan Vivo V15 Pro melalui Senheng atau SenQ, anda akan menerima powerbank 10,000mAh, hadiah eksklusif V15 Pro, perlindungan keretakkan skrin selama 6 bulan dan jaminan tambahan setahun waranti.

Pra-tempahan melalui SenQ atau Senheng juga melayakkan anda membeli Vivo V15 Pro dengan bayaran ansuran 0% selama 24 bulan.

Selain itu, SenQ juga akan mengadakan roadshow di Queensbay Mall, Penang, VivaCity Megamall, Sarawak.

50 pelanggan pertama yang membeli Vivo V15 Pro di roadshow ini akan menerima satu unit Dron DJI (DJI Tello) secara percuma manakala 100 pembeli berikutnya akan menerima beg bagasi secara percuma. ( sementara stok masih ada).

Selain itu, pada roadshow SenQ ini, pembeli Vivo V11 pula akan menerima satu unit powerbank 5,000mAh dan kad microSD berkapasiti 32GB secara percuma manakala pembeli telefon pintar Vivo V11i atau Y91 akan menerima powerbank 5,000mAh sahaja.

 Untuk maklumat lanjut sila layari laman sesawang rasmi Senheng atau SenQ.

Vivo V15 Pro hadir dengan harga penjualan RM 1,799 dan ianya hadir didalam dua pilihan warna iaitu Biru atau Merah.

maklumat lanjut juga boleh diketahui di laman facebook Vivo Malaysia

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.