Sony Xperia 1 dilancarkan secara rasmi – telefon pintar pertama didunia dengan skrin paparan 4K OLED
Sony secara rasminya telah melancarkan telefon pintar pengganti kepada Sony Xperia XZ Premium dan ianya hadir dengan reputasi sebagai telefon pintar pertama didunia dengan skrin paparan 4K OLED dengan nisbah skrin 21:9.
Selain itu, Sony Xperia 1 juga menjadi telefon pintar pertama Sony untuk hadir dengan tetapan tiga kamera dan lebih mengejutkan Sony tidak menggunakan sensor 48MP Sony IMX586.
Xperia 1 hadir dengan skrin paparan berukuran 6.5-inci yang dikenali sebagai skrin CineaWide yang mempunyai resolusi 3840 x 1664 piksel dan turtu memiliki sokongan HFR (BT.2020).
Selain itu, ianya turut hadir dengan pemproses Snapdragon 855, 6GB RAM dan hadir didalam dua kapasiti memori dalaman iaitu 64GB atau 128GB dengan slot microSD yang menyokong sehingga 512GB.
Sony Xperia X1 juga memiliki bateri berkapasiti 3,300mAh dengan teknologi pengecasan Battery Care dan mod Smart Stamina selain sokongan pengecas USB Power Delivery (tidak disertakan pada kotak).
Beralih kepada kamera, Sony Xperia X1 hadir dengan tetapan 3 kamera 12MP iaitu sensor utama 1/1.26” dengan aperture f/1.6 yang turut memilik Optical SteadyShot (OIS+EIS) dan pemfokusan Dual Pixel, satu sensor telephoto 2x dan satu sensor lensa lebar ultra.
Sony Xperia 1 juga hadir dengan pembesar suara stereo Dolby Atmos, game mod khas, pensijilan kalis air IP68, lapisan gelas Corning Gorilla 6 pada permukaan hadapan dan belakang dan sensor capjari pada sisi yang berasingan dari butang kuasa.
Sony Xperia 1 dijangka akan memasuki pasaran utama dunia didalam masa terdekat namun harga penjualan masih belum diumumkan.