Vivo V15 Pro diumumkan secara rasmi dengan kamera selfie pop-up 32MP dan kamera belakang 48MP
Telefon pintar Vivo yang terbaru iaitu Vivo V15 dan Vivo V15 Pro telah disahkan akan dilancarkan di pasaran Malaysia pada 26 Februari ini dan sebelum itu, Vivo V15 Pro telah dilancarkan secara rasmi di pasaran India hari ini.
Vivo V15 Pro adalah telefon pintar terbaru Vivo untuk hadir dengan teknologi kamera selfie popup yang diperkenalkan buat pertama kali melalui telefon pintar Vivo NEX namun kamera yang dimiliki oleh Vivo V15 Pro adalah lebih baik dari Vivo NEX.
Vivo V15 Pro hadir dengan skrin paparan the Ultra FullView Super AMOLED berukuran 6.3-inci dengab nisbah skrin kepada badan 91.64%, pemproses Qualcomm Snapdragon 675, 8GB RAM dan 128GB memori simpanan dalaman.
Bercakap mengenai kamera selfie pop-up Vivo V15 Pro ini, ianya adalah sensor 32MP berbanding sensor 8MP yang digunakan pada NEX manakala pada bahagian belakang, terdapat sensor kamera utama 48MP, satu sensor lensa lebar 8MP dengan FOV sehingga 120 darjah dan kamera depth 5MP yang turut mempunyai sokongan tambahan seperti AI Body Shaping.
Selain itu, Vivo V15 Pro juga hadir dengan sensor capjari terbina pada skrin yang kini memasuki generasi ke-5, UI Funtouch OS 9 yang berasaskan Android 9.0 Pie selain mod game yang dikenali sebagai Game Mode 5.0 yang meningkatkan prestasi ketika permainan video.
Selain itu, Vivo V15 Pro juga hadir dengan bateri berkapasiti 3,700mAh yang hadir dengan pengecasan pantas ‘dual enginge’ yang memberikan kadar pengecasan dari 0% ke 24% didalam masa 15 minit sahaja ( pengecasan masih melalui slot MicroUSB).
Vivo V15 Pro yang hadir dengan reka bentuk Spectrum Ripple Design ini akan hadir didalam dua pilihan warna iaitu biru topaz dan merah koral dengan harga penjualan INR 28,999 (sekitar RM 1,658).