Vivo APEX 2019 – telefon pintar futuristik tanpa butang dengan sokongan 5G dan 12GB RAM
Vivo secara rasminya telah memperkenalkan telefon pintar konsep APEX 2019 yang dilihat mempunyai resepi yang mencukupi untuk mengubah industri telefon pintar.
Walaupun masih sebagai model konsep, Vivo APEX 2019 mungkin mengikut jejak langkah Vivo APEX 2018 (dipasaran sebagai Vivo NEX) dengan memasuki pasaran tidak lama lagi.
Bercakap mengenai reka bentuk, Vivo mengelar reka bentuk APEX 2019 sebagai reka bentuk super unibodi dengan permukaan melengkung tanpa sebarang butang fizikal yang digantikan dengan teknologi Touch Sense.
Selain itu, Vivo APEX 2019 juga kehilangan gril pembesar suara dan gril suara panggilan dan digantikan dengan teknologi Body SoundCasting yang mengeluarkan bunyi dengan penghasilan gegaran pada skrin.
Selain itu, Vivo APEX 2019 juga akan menggunakan teknologi MagPort untuk pengecasan dan perkongsian data.
Selain itu, sensor capjari terbina pada skrin yang mempunyai permukaan pengesanan yang lebih luas dan ianya dikenali sebagai teknologi Fingerptint Light.
Selain itu, Vivo APEX 2019 akan hadir dengan kamera utama 12MP + 13MP, pemproses Qualcomm Snapdragon 855, 12GB RAM dan 128GB memori simpanan dalaman dan akan menjadi telefon pintar pertama Vivo yang menyokong rangkaian 5G.
Buat masa ini maklumat bateri dan kewujudan kamera selfie masih menjadi tanda tanya namun harus kita ingat bahawa model ini masih berada ditahap konsep dan reka bentuk model komersial mungkin mempunyai sedikit perubahan.
Telefon pintar Vivo APEX 2019 ini akan membuat penampilan di Mobile World Congress 2019 di Barcelona bulan hadapan.
Tontoni video ini untuk pemahaman yang lebih baik :