Oppo akan memperkenalkan telefon pintar dengan 10x zoom dan sensor capjari yang lebih maju di MWC 2019
Oppo hari ini telah mengesahkan bahawa teknologi pengzooman optik 10x yang akan merevolusikan industri fotografi telefon pintar akan diperkenalkan ke pasaran dunia di MWC 2019.
Pelancaran satu telefon pintar dengan teknologi 10x zoom ‘lossless’ akan diadakan di Mobile World Congress 2019 yang akan berlangsung di Barcelona, Sepanyol bulan hadapan.
Selain itu, Oppo juga telah mengesahkan bahawa teknologi sensor capjari terbina pada skrin yang baru akan turut membuat penampilan di MWC 2019 bulan hadapan.
Teknologi skrin yang baru ini membolehkan pengesanan capjari yang lebih luas iaitu 15 kali ganda lebih luas berbanding teknologi yang digunapakai sekarang.
Teknologi ini turut disertakan dengan sokongan pengesanan dua capjari secara serentak yang menjadi ianya 50,000 kali lebih selamat berbanding pengunaan satu jari.
Walaupun telah mengesahkan bahawa produk dengan teknologi ini akan dipamerkan di MWC 2019 bulan hadapan, Oppo tidak memberikan sebarang pengesahan samada kedua-dua teknologi ini akan hadir pada peranti yang sama atau berlainan.
Mobile World Congress 2019 yang akan berlangsung dari 25 hingga 28 Februari 2019 akan menyaksikan pelbagai model telefon pintar utama yang akan menghiasi dunia telefon pintar sepanjang tahun 2019 dilancarkan.
Selain Oppo, kita mungkin menyaksikan pelancaran telefon pintar dari jenama terkemuka seperti lenovo, Xiaomi, Sony, Motorola, Vivo dan banyak lagi.
Pastikan anda mengikuti berita terkini dunia teknologi di MobileFokus melalui laman FB kami atau melalui Instagram kami.