Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Samsung Galaxy A7 (2018) kini ditawarkan pada harga RM 1,099 sahaja

Samsung Galaxy A7 (2018) yang memasuki pasaran Malaysia pada bulan Oktober tahun lalu kini akan ditawarkan pada harga penjualan yang lebih rendah berbanding sebelum ini.

Telefon pintar pertama Samsung dengan tiga kamera ini kini akan hadir dengan harga penjualan RM 1,099 sahaja iaitu RM 200 lebih murah berbanding sebelum ini.

Bercakap mengenai kamera utama Samsung Galaxy A7 (2018) ianya mempunyai sensor utama 24MP f/1.7 + 5MP f/2.2 dan sensor lensa lebar 8MP f/2.4 yang mempunyai FOV 120 darjah.

Selain itu, Samsung Galaxy A7 (2018) ini juga hadir dengan tetapan kamera selfie 24MP dengan aperture f/2.0.

Bercakap mengenai spesifikasi lain Galaxy A7 (2018) ini, ianya hadir dengan skrin paparan Super AMOLED FHD+ berukuran 6.0-inci, pemproses 8-teras Exynos dan hadir dengan 4GB RAM dan 128GB memori simpanan dalaman.

Selain itu, Samsung Galaxy A7(2017) akan turut hadir dengan sensor capjari dibahagian sisi (pada butang kuasa), bateri berkapasiti 3,300mAh dan UI Samsung Experience yang berasaskan Android 8.0 Oreo.

Samsung Galaxy A7(2018) ini  hadir didalam tiga  warna iaitu hitam, biru dan emas dengan harga penjualan RM 1,099.

Beli Samsung Galaxy A7 di SiNi

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.