Redmi Note 7 dengan kamera 48MP dilancarkan secara rasmi dengan harga dari RM 602 sahaja
Xiaomi secara rasminya telah melancaekan Redmi Note 7 yang menjadi telefon pintar pertama jenama Redmi yang kini hadir sebagai syarikat berasingan dibawah naungan Xiaomi.
Redmi Note 7 hadir dengan sensor kamera 48MP ISOCELL Bright GM1 yang dilihat sebagai antara kelebihan yang dimiliki telefon pintar ini.
Redmi Note 7 hadir dengan skrin paparan waterdrop berukuran 6.3-inci, ianya adalah panel LCD yang memiliki resolusi FHD+ dengan nisbah skrin kepada rangka 84%.
Selain itu, Redmi Note 7 juga hadir dengan pemproses kelas pertengahan Snapdragon 660 berkelajuan 2.2GHz, tiga konfigurasi RAM dan memori dalaman iaitu 3GB/32GB, 4GB/64GB dan 6GB/64GB.
Redmi Note 7 juga hadir dengan bateri berkapasiti 4,000mAh dengan teknologi pengecasan pantas Qualcomm Quick Charge 4 melalui slot USB-C. Ianya hadir dengan plak pengecasan 5V/2A namun anda boleh memilih plak pengecasan 9V/2A dengan tambahan CNY 10 (RM 6) yang membolehkan pengecasan penuh didalam masa 1 jam 43 minit sahaja.
Tarikan terbesar Redmi Note 7 ini adalah sensor kamera 48MP ini, ianya hadir dengan teknologi Quad-Bayer yang membolehkan penghasilan imej 12MP dengan 1.6 μm piksel dan real-time HDR.
Sensor ini turut dipadankan dengan satu unit kamera 5MP yang dikhususkan untuk tugas AI dan Portrait manakala kamera swafoto adalah unit 13MP.
Redmi Note 7 ini akan ditawarkan didalam tiga pilihan warna iaitu biru, emas dan hitam.
Harga penjualan Redmi Note 7 adalah seperti berikut :
Redmi Note 7 3GB/32GB – CNY 999 (RM 602)
Redmi Note 7 4GB/64GB – CNY 1,199 (RM 722)
Redmi Note 7 6GB/64GB – CNY 1,399 (RM 843)
Buat masa ini masih belum ada maklumat sama ada Redmi Note 7 ini akan memasuki pasaran antarabangsa ataupun tidak namun kami yakin ianya akan menjadi kenyataan tidak lama lagi.