Xiaomi Mi 9 dengan pemproses Snapdragon 855 telah dikesan di GeekBench
Satu telefon pintar misteri Xiaomi dengan kod nama Cepheus telah dikesan di pangkalan ujian GeekBench dan ianya hadir dengan pemproses kelas flagship terbaru daripada Qualcomm iaitu Snapdragon 855.
Walaupun tidak dapat disahkan secara langsung, kod nama Cephues ini mungkin merujuk kepada telefon pintar flagship Xiaomi iaitu Mi 9 yang turut dijangka akan hadir dengan sensor kamera 48MP, sensor capjari terbina pada skrin dan Android Pie.
Selain itu, Mi Mix 3 versi 5G yang akan memasuki pasaran bulan ini akan turut menggunakan pemproses Snapdragon 855 ini namun Cephues tidak merujuk kepada model ini kerana perbezaan kamera.
Xiaomi Mi 9 ini dijangka akan hadir dengan beberapa kapasiti RAM dengan permulaan adalah 6GB RAM yang dipadankan dengan 64GB memori simpanan dalaman.
Selain itu, Xiaomi juga sedang sibuk mempersiapkan untuk pelancaran siri telefon pintar Redmi yang kini hadir sebagai jenama berasingan pada 10 Januari ini.
Bercakap mengenai Xiaomi Mi 9, pelancaran telefon pintar kelas flagship Xiaomi ini dijangka berlangsung didalam masa beberapa bulan lagi.