Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Oppo F9 Edisi Jed Hijau Akan Tiba Di Malaysia Tidak Lama Lagi

Oppo F9 Edisi Jed Hijau Akan Tiba Di Malaysia Tidak Lama Lagi 1

Oppo Malaysia secara rasminya telah mengumumkam bahawa Oppo F9 akan ditawarkan didalam warna gradiasi jed hijau sempena perayaan Tahun Baru Cina yang bakal tiba tidak lama lagi.

Oppo F9 warna jed hijau ini turut hadir dengan rangka berwarna emas selain panel belakang yang memiliki elemen gradiasi warna putih dan hijau.

Seperti model Oppo F9 yang lain, ianya hadir dengan reka bentuk skrin ‘water drop screen’ yang mana takukan pada skrin ini berbeza daripada apa yang pernah anda lihat dipasaran.

Ianya adalah panel skrin LTPS  TFT 19:5:9 berukuran 6.3-inci dengan resolusi FHD+ (2340 x 1080) dan nisbah skrin kepada rangka 90.8%.

Oppo F9 juga hadir dengan gelas keselamatan Corning Gorilla Glass 5.

Selain itu, Oppo F9 turut hadir dengan pemproses Helio P60 dengan pengkhususan kepada tugas AI, 6GB RAM, 64GB memori simpanan dalaman dan sokongan kad microSD sehingga 256GB.

Bercakap mengenai bateri pula, Oppo F9 hadir dengan bateri berkapasiti 3,500mAh yang disokong dengan pengecasan pantas VOOC yang membolehkan anda mengecas peranti 4 kali lebih pantas berbanding pengecas 5V1A ( 5 minit pengecasan membolehkan anda menikmati dua jam pengunaan).

Bercakap mengenai kamera pula, Oppo F9 memiliki dwi-kamera dibahagian belakang iaitu 16MP + 2MP yang turut hadir dengan sokongan AI dan mod portrait.

Kamera selfie Oppo F9 pula adalah unit 25MP dengan sokongan HDR dan AI Beautification 2.1

Oppo F9 juga memiliki slot audio 3.5mm, slot tri-SIM (dua SIM + satu microSD), Color OS 5.2 berasaskan Android 8.1 Oreo dan Google Lens.

Oppo F9 warna gradiasi jed hijau ini boleh di dapati Kedai konsep Oppo Malaysia, wakil penjual sah Oppo atau melalui rakan penjualan atas talian seperti Lazada, Shopee dan 11street.

Buat masa ini tarikh dan harga penjualan Oppo F9 didalam warna istimewa ini masih belum diketahui.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.