Prototaip Oppo Find X 5G dengan Snapdragon 855 dan modem X50 mula diuji
Oppo secara rasminya telah memperkenalkan prototaip telefon pintar 5G pertama syarikat di 2018 China Mobile Partner Conference yang telah berlangsung di Guangzhou pada 6 hingga 8 Disember yang lalu.
Prototaip telefon pintar 5G pertama Oppo ini adalah berasaskan Oppo Find X yang merupakan telefon pintar kelas flasghip Oppo bagi tahun 2018.
Dengan pengenalan model 5G ini, Oppo turut memberikan komitmen untuk membangungkan ekosistem 5G bersama rakan industri lain diseluruh dunia.
Prototaip Oppo Find X 5G ini hadir dengan teknologi pemprosesan yang baru iaitu Snapdragon 855 dan modem 5G X50.
Pengunaan teknologi terbaru ini membolehkan Oppo Find X 5G ini menawarkan prestasi 5G yang luar biasa dan telah mencuri tumpuan pengunjung persidangan ini.
Pada persidangan ini, Oppo, Qualcomm dan Keysight Technologies Inc. telah melakukan demostrasi rangkaian data dan aplikasi lain termasuk pelayaran internet, tontonan video online dan panggilan video menggunakan prototaip Oppo Find X 5G.
Oppo berharap untuk melancarkan produk 5G sekitar tahun ini iaitu dengan kerjasama penyedia rangkaian telekomunikasi di Eropah, Australia dan lain-lain pasaran antarabangsa.
Bagi kita di Malaysia, walaupun telah banyak kedengaran mengenai ujian 5G oleh syarikar telko utama di Malaysia, masih belum ada syarikat yang tampil memberikan jangka masa waktu rangakaian 5G ini akan mula ditawarkan.
Secara realistiknya, tahun 2020 dilihat sebagai jangka masa sesuai untuk kita melihat teknologi ini di Malaysia.