Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Huawei Mate 20 Pro versi 8GB RAM mula dijual esok pada harga RM 3,999

Huawei Mobile telah mengumumkan bahawa Huawei Mate 20 Pro versi 8GB RAM akan mula ditawarkan dipasaran Malaysia pada 22 Disember ini dengan harga penjualan RM 3,999.

Huawei Mate 20 Pro versi 8GB RAM ini akan turut memiliki 256GB memori simpanan dalaman yang memberikan anda dua kali ganda memori dalaman berbanding versi 6GB yang hanya hadir dengan 128GB storan dalaman.

Selain itu, Huawei Mate 20 Pro versi 8GB RAM ini habya akan ditawarkan didalam satu warna sahaja iaitu warna gradiasi twillight yang merupakan warna paling unik dipasaran dan telah diperkenalkan buat pertama kali pada model Huawei P20 Pro.

Selain daripada perbezaan RAM dan memori dalaman, kesemua spesifikasi Huawei Mate 20 Pro versi 8GB ini adalah sama seperti versi 6GB RAM.

Harga penjualan Huawei Mate 20 Pro versi 8GB RAM ini adalah RM 3,999 iaitu RM 400 lebih mahal berbanding versi 6GB yang ditawarkan pada harga RM 3,599 sahaja.

Setiap pembelian Huawei Mate 20 Pro ini juga akan menerima pad pengecasan tanpa wayar Huawei.

Pembelian boleh dibuat di stor atas talian Huawei, Lazada, SenHeng dan stor fizikal Huawei di seluruh negara.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.