Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Dapatkan Vivo Y81i pada harga RM 1 melalui pelan Hotlink Flex Plus

Hotlink dan Vivo telah mengumumkan bahawa anda kini boleh memiliki Vivo Y81i pada harga RM 1 sahaja dengan melanggani pelan pascabayar Hotlink Flex Plus.

Vivo Y81i ini hadir dengan harga penjualan RM 499 namun anda boleh mendapatkanya pada harga RM 1 dengan melanggani pelan yang kami maklumkan diatas yang memerlukan anda mengeluarkan bayaran pendahuluan RM 361 berserta RM 1 bagi peranti.

Selain itu, pelan Hotlink Flex Plus ini hadir dengan bayaran bulanan RM 60.

Jika Y81i bukanlah model yang anda mahu, Vivo turut menawarkan Y85 pada harga RM 199 sahaja (harga asal RM 899 dan jika anda adalah warganegara asing anda perlu membayar tambahan RM 150 sebagai deposit.

Vivo Y81i ini hadir dengan skrin paparan yang lebih besar iaitu 15.5% lebih besar berbanding skrin telefon pintar yang mempunyai nisbah skrin 16:9 sekaligus memberikan kepadatan piksel 87.9%.

Vivo Y81i ini juga hadir dengan kamera belakang 13MP yang mempunyai teknologi pencantikkan berasaskan AI dan pengecaman wajah.

Dalam pada itu, Vivo Y85 pula hadir dengan kamera utama 13MP yang dipadankan Bersama-sama satu lagi kamera 2MP yang dikhusukan untuk mode bokeh atau portrait.

Maklumat lanjut mengenai tawaran menarik telefon pintar Vivo daripada Hotlink boleh anda ketahui di laman sesawang rasmi Hotlink atau di laman Facebook Vivo Malaysia.

*kedua-dua pelan ini hadir dengan kontrak 24-bulan

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.